BiliBlue Phototherapy

PERSEDIAAN KEHADIRAN CAHAYA-MATA YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG

Masih ramai ibu ayah yang mengeluh saat cahaya mata baru dilahirkan. Ini kerana, mereka tidak menjangkakan pelbagai persiapan yang perlu dilakukan SEBELUM bayi dilahirkan. Jom kita semak,  persediaan bersalin yang mungkin kita terlepas pandang!

1. Kelengkapan bayi – Pastikan pakaian bayi seperti baju lengan panjang, baju lengan pendek, kain bedung, barut, kain napkin dan pampers disediakan sebelum memasuki labor room. Susu formula mungkin diperlukan jika ibu menghadapi masalah puting kerana ini akan menyukarkan bayi untuk menghisap susu badan dengan baik. Jadi, botol susu dan puting susu yang bersesuaian perlu disediakan. Kelengkapan lain seperti stroller, baby carrier, baby cot juga mungkin perlu diambil kira bagi ibu ayah yang bakal menerima cahaya mata pertama.

2. Kelengkapan ibu – Bengkung merupakan antara keperluan ibu yang baru lepas melahirkan        cahaya mata bagi mengembalikan bentuk badan kepada asal. Selain itu, makanan semasa berpantang perlu dimasukkan dalam list persediaan. Ibu perlu makan makanan yang berkhasiat dan sesuai untuk dalam pantang. Jamu dan vitamin juga perlu diambil dalam tempoh berpantang bagi mengembalikan tenaga dan fitness ibu kepada asal

3. Pam susu – Jika ibu bercadang untuk menyusukan bayi hingga umur 2 tahun, digalakkan untuk memiliki pam susu. Ibu mungkin boleh meminjam pam dari saudara mara yang terdekat untuk menjimatkan kos.

4. Perkhidmatan bidan urut berpantang / confinement lady – Pelbagai pakej berpantang dalam pasaran sekarang. Namun, ibu-ibu disarankan untuk membuat tempahan satu minggu sebelum tarikh EDD untuk mengelakkan pertindihan.

5. Sewa lampu biru phototherapy – 70% bayi yang baru dilahirkan akan didiagnos jaundice atau kuning pada hari kedua atau ketiga kelahiran. Bayi perlu mendapat rawatan lampu biru untuk menurunkan kadar kuning (bilirubin) dalam darah bayi. Kini, terdapat perkhidmatan sewa lampu biru phototherapy di rumah untuk memudahkan ibu berpantang dengan lebih selesa dan tidak perlu berulang-alik ke hospital.

Artikel : BiliBlue Home Phototherapy

Berapakah lamakah tempoh kuning bayi ?

Tempoh kuning bayi biasanya bergantung kepada berapa minggu bayi itu dilahirkan. Jika bayi dilahirkan cukup 40 minggu, kebiasaannya kuningnya akan turun naik sehingga umurnya 4 hari dan tidak melebihi 1 minggu (melainkan bayi yang mengalami special case)

Jika bayi anda dilahirkan pada usia kandungan 38 minggu (iaitu awal 2 minggu dari tarikh EDD), kebiasaannya kuningnya juga akan turun naik hingga umurnya lebih kurang 2 minggu memandangkan bayi anda lahir awal 2 minggu. Cuma, kuning akan naik mendadak dari usianya 3 hari hingga 7 atau 10 hari.

Pernah ada seorang ibu, bayinya dilahirkan awal 6 minggu iaitu pada usia kandungan 34 minggu. Beliau menyewa lampu dengan kami hampir 1 bulan kerana kuning bayinya sentiasa turun naik sampai umur bayi hampir 1 bulan.

Namun, bagi bayi yang lahir cukup 40 minggu, penggunaan phototherapy dihadkan hingga umurnya 2 minggu sahaja. Walaupun ada bayi yang kuning belum hilang sepenuhnya, tapi penggunaan phototherapy selepas umur 2 minggu adalah tidak disarankan. Ibu disarankan untuk kerapkan bayi menyusu badan agar bayi buang air besar lebih 8 kali sehari kerana bilirubin (kuning) dapat dikeluarkan melalui najis.

Untuk sewa lampu biru untuk bayi kuning ke rumah, sila lawati:

www.bilibluephototherapy.com

atau hubungi 012.602.5277

Apa itu jaundice / Kuning ?

What Is Jaundice?

Adakah saya perlu risau tentang jaundis bagi bayi saya yang baru lahir?

Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan sebelum mencapai terma penuh.

Apakah puncanya?

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus).

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.

Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir?

  • 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu.
  • 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

Bagaimana merawat jaundis?

Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak.

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari.

Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital.

Bayi-bayi yang memerlukan fototerapi perlu baring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional ialah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif sepertimana fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah rawatan yang paling efektif bagi bayi yang menhidapi jaundis.

Ada juga terdapat kes di mana jaundis disebabkan oleh jangkitan dan ini memang perlu dirawat.

Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.

Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidapi jaundis?

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan.

Adakah jaundis berbahaya?

Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.

Sumber : babycenter.com.my

Tips Turunkan Kuning Bayi Secara Tradisional

Tips turunkan kuning bayi secara semulajadi  :

  1. Susukan bayi sekerapnya

Bayi yang baru dilahirkan perlu disusukan setiap 1 jam atau 1 1/2 jam. Tanda bayi menyusu dengan secukupnya apabila bayi buang air besar lebih dari 8 kali sehari. 90 % bilirubin  ataupun kuning bayi dapat dikeluarkan melalui najis bayi. Najis bayi yang mengandungi bilirubin, akan berwarna kekuningan. Biasanya cuma pada hari pertama atau hari kedua sahaja najis bayi berwarna hitam pekat.

Jika bayi anda buang air besar cuma 2 atau 3 kali sehari, anda mungkin perlu ikhtiar sesuatu.

Yang pertama, ibu mungkin perlu perah susu badan dan beri bayi minum perahan susu ibu itu sebanyak 2 ounce setiap 1 1/2 jam. Ini kerana, jika bacaan bilirubin @ kuningnya tinggi, bayi akan keletihan dan tidak larat untuk menghisap susu ibu. Bayi anda cuma mungkin suka ‘melekap’ sedangkan dia sebenarnya tidak betul-betul menghisap susu. Beri perahan susu ibu dengan menggunakan cup kecil , syringe plastik untuk mengelakkan bayi dari keliru puting.

Yang kedua, pastikan lekapan sewaktu bayi menyusu adalah betul. Posisi yang betul sewaktu menyusu ialah perut bayi menghadap perut ibu dan aerola (kawasan hitam payudara) memasuki sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

  

Yang ketiga, biasanya susu ibu sukar untuk keluar jika ibu belum berurut dan tidak makan makanan yang berkhasiat dengan secukupnya. Jadi, pastikan ibu sudah berurut dengan bidan urut 1 atau 2 hari selepas melahirkan (bagi normal delivery) dan makan makanan yang berkhasiat secukupnya.

Yang keempat, jika kesemua ikhtiar sudah dicuba tapi bayi masih belum buang air besar dengan kerap, mungkin bantuan susu formula diperlukan. Tapi, disarankan untuk beri susu formula dan diselang-selikan dengan susu badan. Cuba elakkan untuk memberi susu formula dengan menggunakan botol susu bagi mengelakkan bayi anda keliru.

2. Sewa lampu biru phototherapy untuk bayi kuning ke rumah

Phototherapy atau pun rawatan lampu biru merupakan satu-satunya kaedah  yang terbukti secara klinikal dapat menurunkan paras kuning / jaundice dengan cepat.

Phototherapy Bilibed : 

  • Rawatan lampu biru untuk bayi kuning / jaundice
  • Baby suit yang dibekalkan membuatkan cahaya tertumpu pada badan bayi sahaja. Jadi, ia lebih berkesan dan ahli keluarga yang berada di sekeliling bayi tidak akan  berasa silau mata
  • Baby suit ini juga berfungsi memberi keberkesanan dan keselesaan pada bayi kerana tidak perlu dibogelkan
  • Bersaiz compact dan boleh dialihkan
  • Jenama Medela Bilibed dari teknologi Switzerland dan digunakan secara meluas di seluruh dunia
  • Mendapat pengiktirafan ISO 13485 : 2003, ISO 9001 : 2008 dan KKM (MDA)
  • Berkesan dan selamat
  • Pengguna fototerapi Bilibed menunjukkan kesan penurunan yang cepat kerana intensity phototherapy Bilibed ini sama dengan phototherapy double lamp (atas & bawah).
  • Bayi juga tidak berisiko menghidapi masalah pada retina mata mereka kerana cahaya datang dari bahagian bawah fototerapi dan tidak tertumpu pada kepala bayi. Jadi, penutup mata ataupun eye patch juga tidak diperlukan sama sekali bagi pengguna fototerapi Bilibed kami.
  • Penghantaran terus ke rumah anda dalam masa 3 jam selepas pengesahan dilakukan

Untuk sewa lampu bayi kuning phototherapy ke rumah, sila hubungi :

012-602.5277 (24 jam)

012-602.5277 (24 jam)

012-602.5277 (24 jam)

Scroll To Top